Friday, 8 November 2013

Al Fatihah utk Arwah Tok

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

8 November 2013, hari Jumaat yg barakah.

Hari ni genap 7 hari Tok (nenek) saya Allahyarhamah Hajjah Katdhijah Haji Asri meninggal dunia. Sekejap rasa dah seminggu.

Al Fatihah utk arwah Tok.



Di Kedah Nenek dipanggil Tok manakala Datuk dipanggil Wan. Arwah Wan dah meninggal 12 tahun yg lalu iaitu pada malam 15 Ramadhan tahun 2001. Sabtu lepas Tok pula kembali ke Rahmatullah pada usia lebih kurang 84 tahun.

Arwah Tok memang ada sakit semput dan agak kritikal seminggu sebelum meninggal. Akhirnya pada 2 November 2013 hari Sabtu 5:30 ptg Tok menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah. 

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ) 

Kali terakhir saya jumpa Tok ialah pada cuti Raya Aidilfitri yg lepas. Masa tu Tok dah mula tak sihat dan baru keluar dari wad pada petang raya. 

Gambar kenangan bersama arwah Tok, Mak & Adik saya.


Alhamdulillah, Tok pergi dgn cara yg mudah. Sehari sebelum meninggal saya sempat bercakap telefon dgn Tok semasa Tok kat hospital. Tok tak dapat cakap banyak . 
Tok cuma cakap "Tok dah tak larat ni Dik" (Tok panggil saya Adik).

Masa tu dah hampir waktu Maghrib petang Jumaat 1 November 2013. Mak saya call dari hospital & saya sempat cakap dgn Tok sekejap. Itulah kali terakhir dapat cakap dgn Tok. 

Pada ptg Sabtu tu lebih kurang pukul 5 ptg mak call cakap Tok dah kritikal & doktor sedang buat CPR.  Lebih kurang pukul 6 petang, Mak call lagi dan bagitahu Tok dah tak ada.

Apa lagi terus kami berkemas dan bersiap nak balik Alor Setar malam tu jugak. Lepas maghrib singgah dulu hostel ambil anak sulung saya dan terus ke Alor Setar. Lebih kurang pukul 2 pagi baru sampai ke rumah Tok.

Pada awal pagi Ahad jam 8:15 pagi jenazah Tok dah sedia untuk dimandikan. Segala kelengkapan dan tab mandi dah disediakan oleh jawatankuasa khiarat kematian kampung. Jenazah Tok kami mandikan di bahagian ruang tengah rumah merangkap ruang makan sebab bahagian di situ agak luas. Jadi dapat lah anak-anak dan cucu cicit perempuan yg ramai sama2 melihat semasa jenazah Tok dimandikan.

Saya rasa sangat bersyukur berpeluang membantu memandikan & mengkafankan Tok bersama Mak & Mak Saudara yg lain. Alhamdulillah, semua anak-anak , cucu-cucu & cicit-cicit Tok dapat menjiruskan Tok pada akhir mandian.

Pengalaman membantu memandikan & mengkafankan Tok sangat bernilai kerana inilah kali pertama saya melakukannya.

Semua anak cucu dari KL, Selangor & Johor bertolak balik pada malam Tok meninggal jugak. Abang saya yg bekerja di Abu Dhabi sempat ambil emergency flight balik ke Malaysia pukul 8 malam. Berkali-kali abang pesan suruh tunggu dia sampai sebelum kebumikan Tok. 

Abang & saya agak rapat dgn Tok dan Wan sbb abang dibesarkan dan tinggal dgn Tok & Wan masa sekolah rendah dulu. Saya pulak masa kecil dulu selalu ikut Tok dan Wan balik kampung kat Johor. Masa tingkatan 1&2 pun saya tinggal dgn Tok & Wan. Abang pun sama sebab masa tu mak & abah kat Perlis manakala saya & abang bersekolah di Alor Setar.

Alhamdulillah sempat jugak Abang  menatap wajah Tok buat kali terakhir sebelum dikebumikan pada pukul 11 pagi 3 November 2013. Jenazah Tok dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Derga, Alor Setar berdekatan dengan kubur arwah Abah & Wan saya.

Tok & Wan saya banyak bagi kata-kata peransang utk belajar rajin-rajin, ajar ilmu agama dan saya pun belajar memasak dgn Tok dulu. Seronok bila kenang zaman kecil-kecil dulu. InsyaaAllah, ajaran Tok & Wan masih saya ikut sampai sekarang.



"Semoga roh Tok, Wan & Abah dicucuri rahmat dan Semoga Allah jauhkan roh mereka dari siksaan kubur & masukkan mereka ke dalam syurga tanpa dihisab" ....Amin.






Love,

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...