Monday, 25 November 2013

Alhamdulillah..

Salam semua..

Isnin 25/11/2013
8:25 am

Syukur Alhamdulillah, setiap pagi saya masih berpeluang menikmati keindahan matahari terbit pagi dari balkoni rumah.

Sejak berpindah masuk ke rumah baru kami sejak seminggu yg lalu, sudah jadi rutin harian setiap pagi selepas subuh saya akan menunggu matahari terbit dari bilik saya. Memang indah sekali. Alhamdulillah.

Rumah saya memang betul2 mengadap terbit matahari dan juga bila malam bulan penuh, saya juga dapat menikmati keindahan bulan purnama secara santai dari balkoni bilik saya. Syukur sangat2.

Bukan sekadar menikmati keindahan matahari terbit, tetapi cahaya matahari pagi juga sangat bermanfaat utk kesihatan kerana cahaya matahari pagi mengandungi Vitamin D.


" Vitamin D yang terkandung dalam sinar matahari yang diserap oleh tubuh kita sangat berguna untuk mencegah kanser, serta melindungi dari penyakit jantung, dan mencegah berbagai penyakit lainnya seperti sclrosis, rheumatoid arthritis, diabetes, serta penyakit gula.

Sinar matahari yang kaya dengan vitamin D juga terbukti sangat baik untuk perawatan penyakit jantung dan beberapa jenis kanser.

Dalam tubuh manusia, vitamin D diubah menjadi hormon yang diperlukan untuk pertumbuhan tulang, mengatur pertumbuhan sel, dan mencegah berkembangbiaknya sel-sel liar yang dapat menimbulkan kanser."

Credit; sumber carian google

Jadi jangan lah rasa takut kena sunburn cahaya matahari pagi sebab matahari pagi merupakan sumber vitamin utk badan kita.

Waktu yg sesuai utk menyerap vitamin D dan kebaikan dari mentari pagi ialah antara 7 pagi ke 9 pagi selama lebih kurang 5-15 minit.. InsyaaAllah mudah dan percuma saja nikmat kesihatan yg Allah berikan. Jadi kenapa kita tidak mengambil kesempatan waktu ini utk bersyukur dan menikmati manfaat ini ?

Ok. Setakat ini pengkongsian saya utk hari ini.. InsyaaAllah kita jumpa lagi ..


Akhir sekali utk renungan:

Firman Allah swt:-

"Jika kamu bersyukur, nescaya akan aku tambahkan (nikmat-Ku) bagi kalian. Dan apabila kalian mengingkarinya, maka sesungguhnya azab-Ku sangatlah pedih".


Love,

Sharniza Hamid

Saturday, 9 November 2013

Cabaran Kurus

Salam semua...

Diet lagi??? Biasalah.. Bila berat badan asyik yoyo jer kan... 

Sedar tak sedar dah naik berkilo-kilo dalam masa setahun ni.

Jadi nak tak nak, wajib lah berdiet semula. Sebut pasal diet dan kurus ni, memang tak sah la kalau tak sentuh pasal produk pelansingan. 

Memang banyak produk pelansingan kat Malaysia ni tapi apa-apa pun mestilah disertai dgn diet yg betul dan exercise. Saya pun ada jugak mengambil supplement pelansingan utk naikkan metabolisma dan bagi lebih tenaga. Selebihnya kena jaga diet & workout.

Setakat ni rasanya dah sebulan berjinak-jinak workout kat gym. Tak ada lah ambil trainer pun, cuma kalau tak tahu nak guna alat gym terpaksalah ringan kan mulut bertanya. So far, Alhamdulillah ada saja yg membantu.

Pagi ni sempat jugak luangkan masa workout setelah seminggu bercuti. 

Hari ni treadmill  1 jam dan bakar 350 kalori. Sambung lagi dgn leg & bicep training guna alat2 kat gym tu. Exercise cardio burpees, jumping jack & squat. Memang terasa lah sengal2 otot . Jadi 400 kalori dah dibakar hari ni. Happy, happy, yeay....



Sebenarnya nak diet & workout pun kena tahu caranya. Selalunya saya google dan tgk dalam Instagram cara2 exercise dan diet yg betul.

Paling penting kena ada support dan semangat motivasi yang tinggi.  Alhamdulillah , so far Adik saya is my biggest motivator sebab dia pun turut sama berdiet & workout.

Boleh la nak follow dia kat Instagram.. GYMFREAK lagi kononnya.... Hehehe


Selain tu, ada jugak kawan2 yg sama2 nak jalani hidup sihat & kurus sepanjang hayat. Jadi bertambahlah motivasi saya.

InsyaaAllah , berusaha & berdoa mesti boleh!!!!



Untuk berdiet & kekalkan berat badan ideal kita kena ambil kira berapa keperluan  kalori harian badan kita. Buat permulaan saya target untuk bakar 400 kalori melalui exercise setiap hari. 

Jadi perlu jugak tahu apakah exercise yg boleh dilakukan utk hilangkan kalori sebanyak itu. Kalau dah ada pengetahuan, senang lah nak budget nak buat exercise. Tak susah rupanya nak bakar kalori ni... Hihi

Kat bawah ni antara yg saya dapat melalui google & instagram.




Whatever it is... Kena work hard. Memang tak ada cara mudah nak kurus & fit... 

InsyaaAllah saya masih lagi beristiqamah.. Kalau pergi gym, exercise berjemaah lagi la semangat. Selalunya Kak Hamidah @ Mamaboomboom lah yg selalu jadi peneman. Maklumlah rumah kami berdekatan je. Mama lagi lah target nak size 'S' katernya... Hihi



Pendek kata NO EXCUSES!!!! Bangun dan workout kalau nak kurus...Pastu jaga makan. InsyaaAllah kurus..



Target nak buang lemak-lemak jahat kat badan ni dalam 16 kg. InsyaaAllah budget dalam 4-6 bulan gitew.. Kalau lagi cepat lagi bagus kannn..

Tapi yg pentingnya, sebenarnya bila saya workout ni memang terasa perjalananan darah lebih lancar, pernafasan tak tersekat, tak semput & badan pun lebih bertenaga. Tidur malam pun berqualiti. Bangun pagi terasa fresh saja.

Harapan saya biarlah saya terus tabah & bertahan walaupun sengal2 jugak otot2 badan ni.  

Ok lah.. Itu saja utk hari ni.. Nanti kita sambung lagi diary diet ye.

Adios.. Jumpa lagi..

Salam.


Friday, 8 November 2013

Al Fatihah utk Arwah Tok

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

8 November 2013, hari Jumaat yg barakah.

Hari ni genap 7 hari Tok (nenek) saya Allahyarhamah Hajjah Katdhijah Haji Asri meninggal dunia. Sekejap rasa dah seminggu.

Al Fatihah utk arwah Tok.



Di Kedah Nenek dipanggil Tok manakala Datuk dipanggil Wan. Arwah Wan dah meninggal 12 tahun yg lalu iaitu pada malam 15 Ramadhan tahun 2001. Sabtu lepas Tok pula kembali ke Rahmatullah pada usia lebih kurang 84 tahun.

Arwah Tok memang ada sakit semput dan agak kritikal seminggu sebelum meninggal. Akhirnya pada 2 November 2013 hari Sabtu 5:30 ptg Tok menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah. 

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ) 

Kali terakhir saya jumpa Tok ialah pada cuti Raya Aidilfitri yg lepas. Masa tu Tok dah mula tak sihat dan baru keluar dari wad pada petang raya. 

Gambar kenangan bersama arwah Tok, Mak & Adik saya.


Alhamdulillah, Tok pergi dgn cara yg mudah. Sehari sebelum meninggal saya sempat bercakap telefon dgn Tok semasa Tok kat hospital. Tok tak dapat cakap banyak . 
Tok cuma cakap "Tok dah tak larat ni Dik" (Tok panggil saya Adik).

Masa tu dah hampir waktu Maghrib petang Jumaat 1 November 2013. Mak saya call dari hospital & saya sempat cakap dgn Tok sekejap. Itulah kali terakhir dapat cakap dgn Tok. 

Pada ptg Sabtu tu lebih kurang pukul 5 ptg mak call cakap Tok dah kritikal & doktor sedang buat CPR.  Lebih kurang pukul 6 petang, Mak call lagi dan bagitahu Tok dah tak ada.

Apa lagi terus kami berkemas dan bersiap nak balik Alor Setar malam tu jugak. Lepas maghrib singgah dulu hostel ambil anak sulung saya dan terus ke Alor Setar. Lebih kurang pukul 2 pagi baru sampai ke rumah Tok.

Pada awal pagi Ahad jam 8:15 pagi jenazah Tok dah sedia untuk dimandikan. Segala kelengkapan dan tab mandi dah disediakan oleh jawatankuasa khiarat kematian kampung. Jenazah Tok kami mandikan di bahagian ruang tengah rumah merangkap ruang makan sebab bahagian di situ agak luas. Jadi dapat lah anak-anak dan cucu cicit perempuan yg ramai sama2 melihat semasa jenazah Tok dimandikan.

Saya rasa sangat bersyukur berpeluang membantu memandikan & mengkafankan Tok bersama Mak & Mak Saudara yg lain. Alhamdulillah, semua anak-anak , cucu-cucu & cicit-cicit Tok dapat menjiruskan Tok pada akhir mandian.

Pengalaman membantu memandikan & mengkafankan Tok sangat bernilai kerana inilah kali pertama saya melakukannya.

Semua anak cucu dari KL, Selangor & Johor bertolak balik pada malam Tok meninggal jugak. Abang saya yg bekerja di Abu Dhabi sempat ambil emergency flight balik ke Malaysia pukul 8 malam. Berkali-kali abang pesan suruh tunggu dia sampai sebelum kebumikan Tok. 

Abang & saya agak rapat dgn Tok dan Wan sbb abang dibesarkan dan tinggal dgn Tok & Wan masa sekolah rendah dulu. Saya pulak masa kecil dulu selalu ikut Tok dan Wan balik kampung kat Johor. Masa tingkatan 1&2 pun saya tinggal dgn Tok & Wan. Abang pun sama sebab masa tu mak & abah kat Perlis manakala saya & abang bersekolah di Alor Setar.

Alhamdulillah sempat jugak Abang  menatap wajah Tok buat kali terakhir sebelum dikebumikan pada pukul 11 pagi 3 November 2013. Jenazah Tok dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Derga, Alor Setar berdekatan dengan kubur arwah Abah & Wan saya.

Tok & Wan saya banyak bagi kata-kata peransang utk belajar rajin-rajin, ajar ilmu agama dan saya pun belajar memasak dgn Tok dulu. Seronok bila kenang zaman kecil-kecil dulu. InsyaaAllah, ajaran Tok & Wan masih saya ikut sampai sekarang.



"Semoga roh Tok, Wan & Abah dicucuri rahmat dan Semoga Allah jauhkan roh mereka dari siksaan kubur & masukkan mereka ke dalam syurga tanpa dihisab" ....Amin.






Love,

Wednesday, 6 November 2013

Nothing Important....

Salam semua..

Dah lama tak update blog ni. Bukan tak ada masa tapi selalunya lebih senang share kat Instagram or Facebook jer.

Beberapa bulan ni tumpuan lebih kepada anak-anak & hal-hal berkaitan family. Exam UPSR & akhir tahun dah selesai. Cuma nak tunggu results sahaja. 

Minggu ni pulak nak kena settlekan hal pemindahan barang-barang ke rumah yang dah selesai renovate. Memang penat lah sikit.

Aktiviti bisnes saya kurangkan dulu sebab nak tumpukan pada hal keluarga yang lebih penting. Bila dah selesai semua, InsyaaAllah aktiviti bisnes boleh berjalan lancar semula.

DAN .. Satu misi yg perlu saya accomplish juga ialah MISI MENGURUSKAN BADAN.... Huhuhu

Kali ni memang kena buat betul-betul sbb dah tak larat nak tengok muka yang dah semakin bulat dan badan yang dah bertambah size.. 

Pipi dah tembam & Muka dah bulat...huhuhu

Gigih ber workout di gym....Harap-harap terus istiqamah utk mencapai misi....




MISI menurunkan 16kg dah dimulakan 3 minggu yg lalu...

InsyaaAllah..

Strategy diet yg saya guna pakai:

Low Calorie + Clean Eating Diet + Exercise + Supplement

Harap akan terus istiqamah... InsyaaAllah..

Ok .. Till then... Nanti saya update lagi about my MISSION POSSIBLE ni...hihihi

Salam...



Love,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...