Monday, 25 March 2013

Selamat Hari Polis Diraja Malaysia ke-206


Salam semua...

Hari ni 25 Mac 2013 adalah Sambutan Hari Polis DiRaja Malaysia yang  ke-206.






Bila sebut pasal Polis...sebenarnya ia sgt sinonom dgn saya sebab saya dilahirkan di sebuah rumah seorang anggota polis. Actually, saya dilahirkan di rumah arwah Datuk saya (bapa ibu saya) iaitu arwah HAJI TAFRI BIN HAJI ABDULLAH seorang anggota polis. Beliau seorang yg sangat tegas namum sangat penyayang terhadap anak2 apatah lagi cucu2nya.  Arwah meninggal pada bulan puasa 15 Ramadhan tahun 2001 dan saya antara cucu yg rapat dgn arwah. Sebagai seorang anggota polis , arwah sgt tegas dan mementingkan pelajaran anak2 dan cucu2.  Banyak nasihat arwah yang diberikan pada saya dan kata2 semangat arwah adalah antara kata2 yang saya masih ingat dan saya pegang sampai sekarang.

Di takdirkan juga saya berkahwin dengan anak seorang anggota polis. Arwah bapa mertua saya HAJI AHMAD BIN IBRAHIM juga seorang yang tegas tapi mempunyai hati yang lembut pada anak2 dan menantu2. Walaupun hanya beberapa tahun dapat mengenali arwah, namun saya dapat rasakan semangatnya.

Memang Polis dalam keluarga kami adalah perkara yg sangat senonim.  Semoga Allah mencucuri rahmat pada roh kedua Datuk dan Bapa Mertua saya.

 Jom kita tgk sikit sejarah Polis Diraja Malaysia.


SEJARAH POLIS DIRAJA MALAYSIA

Penubuhan institusi polis yang moden dan sistematik telah bermula di Pulau Pinang pada 25 Mac 1807 yang menjadi titik permulaan kepada lahirnya pasukan polis di Negara ini. Ketua Pasukan Polis yang pertama ialah Encik James Carnergy yang dilantik sebagi Sheriff bagi Prince of Wales Island (Pulau Pinang). Pasukan yang dianggotai sepenuhnya oleh anak tempatan ini telah menjadi perintis kepada pasukan polis di negeri-negeri lain.



Negeri Melaka telah menubuhkan pasukan polisnya pada tahun 1827. kedua-dua pasukan kemudian bergabung membentuk pasukan Polis Negeri-negeri Selat. Manakala pasukan Polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu pula telah ditubuhkan serentak dengan pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 1 Julai 1896. Kapten H.C. Syers, Penguasa Polis Negeri Selangor telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang pertama.




Sementara itu, penubuhan pasukan polis Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu pula seperti negeri Johor, telah mula ditubuhkan pada tahun 1882 di negeri Kedah dan Kelantan pada tahun 1909 dan di negeri rengganu pada tahun 1914. di negeri Borneo Utara pulam pasukan Polis Sarawak ditubuhkan pada 1862 diikuti dengan Sabah pada tahun 1882.
Setelah Tanah Melayu bebas daripada pendudukan Jepun, pentadbir British yang mengambil alih pentadbiran di Tanah Melayu telah menggabungkan pasukan Polis Negeri-negeri Selat, pasukan Polis Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah pasukan Polis Malayan Union yang berpusat di Kuala Lumpur pada 1946.
Hampir setahun selepas Hari Kemerdekaan, iaitu pada 24 Julai 1958, DYMM Seri Paduka BagindaYang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abd Rahman Ibni Almarhum Tuanku Mohamad telah berkenan mengurniakan gelaran 'Diraja' kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Upacara ini dijalankan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, 54100 Kuala Lumpur. 

Pada 16 September 1963, pasukan polis di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak dan Singapura telah disatukan dan dikenali dengan nama Polis Diraja Malaysia dengan diterajui oleh seorang Ketua Polis Negara. Dari saat itu pasukan polis dikenali dengan nama "Polis Diraja Persekutuan" atau "The Royal Federation of Malayan Police" ditukar kepada Polis Diraja Malaysia.











Akhir sekali , apa pun marilah kita sama2 kenang jasa para anggota Polis yg sentiasa berjuang menjaga keamanan negara. Kenang dan ingatilah pengorbanan para anggota Polis yg terpaksa berkorban masa dan nyawa demi negara Malaysia tercinta. Semoga pasukan Polis Diraja Malaysia terus maju dalam mendukung undang2 negara dan menjadi wira menjaga keamanan negara Malaysia.


AL - FATIHAH 
buat semua anggota Polis DiRaja Malaysia yg telah kembali ke rahmatullah 
lebih2 lagi yg telah gugur dalam mempertahankan negara.

Semoga roh mereka sentiasa dirahmati Allah SWT...





SELAMAT  HARI POLIS DIRAJA MALAYSIA KE -206



Sumber: Wikipedia, Buku "Perjuangan PDRM Dalam Mencapai dan Mengekalkan Kemerdekaan Negara"




Love...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...