Salam semua...
Diet lagi??? Biasalah.. Bila berat badan asyik yoyo jer kan...
Sedar tak sedar dah naik berkilo-kilo dalam masa setahun ni.
Jadi nak tak nak, wajib lah berdiet semula. Sebut pasal diet dan kurus ni, memang tak sah la kalau tak sentuh pasal produk pelansingan.
Memang banyak produk pelansingan kat Malaysia ni tapi apa-apa pun mestilah disertai dgn diet yg betul dan exercise. Saya pun ada jugak mengambil supplement pelansingan utk naikkan metabolisma dan bagi lebih tenaga. Selebihnya kena jaga diet & workout.
Setakat ni rasanya dah sebulan berjinak-jinak workout kat gym. Tak ada lah ambil trainer pun, cuma kalau tak tahu nak guna alat gym terpaksalah ringan kan mulut bertanya. So far, Alhamdulillah ada saja yg membantu.
Pagi ni sempat jugak luangkan masa workout setelah seminggu bercuti.
Hari ni treadmill 1 jam dan bakar 350 kalori. Sambung lagi dgn leg & bicep training guna alat2 kat gym tu. Exercise cardio burpees, jumping jack & squat. Memang terasa lah sengal2 otot . Jadi 400 kalori dah dibakar hari ni. Happy, happy, yeay....
Sebenarnya nak diet & workout pun kena tahu caranya. Selalunya saya google dan tgk dalam Instagram cara2 exercise dan diet yg betul.
Paling penting kena ada support dan semangat motivasi yang tinggi. Alhamdulillah , so far Adik saya is my biggest motivator sebab dia pun turut sama berdiet & workout.
Boleh la nak follow dia kat Instagram.. GYMFREAK lagi kononnya.... Hehehe
Selain tu, ada jugak kawan2 yg sama2 nak jalani hidup sihat & kurus sepanjang hayat. Jadi bertambahlah motivasi saya.
InsyaaAllah , berusaha & berdoa mesti boleh!!!!
Untuk berdiet & kekalkan berat badan ideal kita kena ambil kira berapa keperluan kalori harian badan kita. Buat permulaan saya target untuk bakar 400 kalori melalui exercise setiap hari.
Jadi perlu jugak tahu apakah exercise yg boleh dilakukan utk hilangkan kalori sebanyak itu. Kalau dah ada pengetahuan, senang lah nak budget nak buat exercise. Tak susah rupanya nak bakar kalori ni... Hihi
Kat bawah ni antara yg saya dapat melalui google & instagram.
Whatever it is... Kena work hard. Memang tak ada cara mudah nak kurus & fit...
InsyaaAllah saya masih lagi beristiqamah.. Kalau pergi gym, exercise berjemaah lagi la semangat. Selalunya Kak Hamidah @ Mamaboomboom lah yg selalu jadi peneman. Maklumlah rumah kami berdekatan je. Mama lagi lah target nak size 'S' katernya... Hihi
Pendek kata NO EXCUSES!!!! Bangun dan workout kalau nak kurus...Pastu jaga makan. InsyaaAllah kurus..
Target nak buang lemak-lemak jahat kat badan ni dalam 16 kg. InsyaaAllah budget dalam 4-6 bulan gitew.. Kalau lagi cepat lagi bagus kannn..
Tapi yg pentingnya, sebenarnya bila saya workout ni memang terasa perjalananan darah lebih lancar, pernafasan tak tersekat, tak semput & badan pun lebih bertenaga. Tidur malam pun berqualiti. Bangun pagi terasa fresh saja.
Harapan saya biarlah saya terus tabah & bertahan walaupun sengal2 jugak otot2 badan ni.
Ok lah.. Itu saja utk hari ni.. Nanti kita sambung lagi diary diet ye.
Adios.. Jumpa lagi..
Salam.