Tuesday, 15 April 2014

Nak Slim & Fit

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.....

Tajuk havoc sungguh kan. Nak slim & fit. Tu azam nak kurus ke 8 juta kali dah....huhu

Apa-apa pun tak salah rasanya mencuba. Kalau tak berjaya, kita cuba lagi dan lagi. Betul tak?

Kebelakangan ni banyak slimming produk keluar macam cendawan tumbuh kat Malaysia ni. Memang naik juling biji mata tengok testimoni-testimoni produk ni yang rata-rata memang slim lepas guna produk-produk kurus tu. Banyak jugak Kak Iza terpaksa cari  maklumat nak mencuba produk-produk slimming ni.

Ada la 2-3 slimming produk dari syarikat MLM yang Kak Iza dah guna dan kalau ikut cara penggunaannya memang superb. Bukan setakat turun berat badan tapi juga menurunkan kadar kolesterol dalam badan dan memperbaiki kesihatan Kak Iza.

Begitulah ...bila dah turun berat mula lupa daratan. Dah mula tambah kalori dalam pinggan dan ponteng senaman. Dari 80 kg ke 62kg dalam masa setahun. Pastu tetiba naik pulak ke 72kg. Risau beb.....Mana Kak Iza nak letak baju-baju size M tu...jeles sebab anak dara Kak Iza pulak yg dok rembat blouse-blouse cun yang Kak Iza beli dulu tu.

Ok..dipendekkan cerita..awal bulan April 2014 lalu, kawan Kak Iza ni, Pn Hamidah Husin atau nama glamor kat internet Mamaboomboom dok cakap dia nak cuba set slimmimg dari Shaklee. Katanya harga ekonomi, mampu beli dan memang bagus untuk kesihatan jantung dan kurangkan kolesterol. Selepas dok telek-telek 2 hari 2 malam, Kak Iza asa nak cuba juga lah.

Mula-mula Kak Iza beli dulu set Lecithin dan Alfalfa Complex. Lepas 2 minggu kemudian, akak tambah pulak produk ESP Soy Protein Isolated Powder. Ok jugak harganya. Memang lebih ekonomi dari harga produk-produk yang Kak Iza pernah guna sebelum ni.

Jadi..start semalam 14.04.14 maka cukuplah set slimming Kak Iza. Cuma kena bertabah dan berdisplin lah. Ikut saja cara yang disuruh. InsyaaAllah menjadi. Kat bawah ni Kak Iza interframe kan set slimmimg shaklee yang ohsem (awesome) nih....



Shaklee slimmimg set: ESP, Lecithin & Alfalfa

ESP Soy Protein Isolated Powder

Berbaloi jugak harganya: ESP RM150, Lecithin RM52.50 , Alfalfa Complex RM53.75 . Total semua RM256.25. Ok la tu kan...sebab ESP tu untuk 2 bulan tapi Alfalfa Complex & Lecithin untuk 1 bulan saja. Kalau nak lebih berbaloi, kenalah daftar ahli macam Kak Iza. Dapat la harga ahli yang lebih murah...InsyaAllah..

Ok. Takat ni dulu Kak Iza tulis hari ni. Nanti kita jumpa lagi. Kak Iza akan update penguncupan berat Kak Iza nanti....hehehe...baru la motivasi sikit kan. Ok bye...

Wassalam.


Love,

Sunday, 13 April 2014

Perkembangan Terkini

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua..

Lama sungguh tak update blog ni. Dah berabuk dah..Hihi

Sejak sibuk pindah & renovate rumah sejak June 2013 last year, memang masa agak terhad. Tambahan tak dak line internet yg laju kat rumah sewa dulu. Maka, agak malas nak update blog sebab bila upload gambar jer...loading sampai berjam-jam. Ni dah settle semua, dah pindah masuk balik rumah lama yg baru direnovate. Janji rumah sendiri...Bahagianya.....

Actually, baru sambung balik Unify semalam. Tu yg hari ni gigih nak jenguk & hupdate blog yg berabuk ni..haha..

Sejak beberapa bulan kebelakangan ni, ada la jugak berkecimpung dgn beberapa business MLM. Antaranya yg havoc Phytoscience yg famous dgn product Double Stemcell tu.


Alhamdulillah, akak yg terjebak secara tak sengaja dalam company ni sejak 5 bulan  lalu memang suka sangat dgn produk Double Stemcell yang Dutanya Datin Paduka Umie Aida tu. Walaupun kulit muka akak tak mulus sangat macam Datin Paduka, tapi Alhamdulillah...ada la jugak perubahan kat kulit muka ni. nampak bersih & cerah sikit. Sekarang ni memang tak payah tepek bedak segala dah. 

Pakai jer set Miracle Intense Essence & Krim Shine Stem jer. Dah cukup terserlah dah muka akak ni....(perasan la kann...). Alhamdulillah, bila akak intoduce Double Stemcell kat Facebook & Instagram, ramai jugak kawan2 di alam maya membeli dari akak. Alhamdulillah, lumayan jugak income bonusnya. Maklumlah akak ni kan surirumah sepenuh masa, dapat 4-5 angka sebulan....memang lompat bintang lah...Syukur...

Tapi akak tak ada lah agresif sangat dalam Phytoscience ni, kalau ada permintaan utk produk Double Stemcell ni memang akak layan....





Memang sejak usia dah meningkat ni, gemar sangat nak cuba supplement yg boleh mendatangkan hasil positif pada badan akak ni. Maklumlah, dah masuk 40-an ni, kena la jaga-jaga kan. Kalau tak nak duit lebur bayar bil hospital lagi, makan je apa yg patut utk sihatkan badan. Akak dah serik nak masuk dewan bedah lagi sejak buang pundi hempedu akhir tahun 2011 dulu dan kosnya cecah 5 angka jugak. Baik duit tu akak buat beli handbag Coach 2-3 biji kannn...haha..Berbaloi gak...

Dua minggu lepas, ada kawan introduce kan kat akak produk Shaklee. Akak ni memang dari dulu tak minat la dgn supplement Shaklee ni. Sejak tahun 1998 lagi ada member ofis introduce, memang tak pernah nak beli la kan walaupun bagai nak rak dia promote.

Entah macamana tetiba kawan baik akak ni kak Hamidah Husin @ Mamaboomboom dok cerita la pulak pasal supplement Shaklee ni. 

Al kisah nak dijadikan ceritanya sebab akak dok mengadu kat Mama cakap badan dah rasa bulat, macam berat jer rasa badan, dah Gumukss la. Husband pun dah tegur sebab saiz baju dulu 42 dah tukar 44..huhu...siksa tengok...huhu

Dah malas nak cuba minuman diet yg boleh buat turunkan berat badan macam magic tu. Biarlah akak diet secara semulajadi, jaga makan, bersenam & ambil supplement untuk bagi energy.

So, Mama cakap cubalah produk Alfafa Complex & Lecithin dari Shaklee ni. Ok lah...setelah berfikir, timbangkira dan buat sikit research pasal produk ni...Akhirnya akak call Mama cakap nak cuba. So, far ok lah baru 2 minggu ni macam suka jugak lah dgn kesan positifnya. Tak ada lah perubahan drastik lagi. Lecithin untuk kurangkan kolesterol dalam badan & Alfalfa untuk proses detox.




InsyaaAllah, akak pun masih dok study lagi pasal produk Shaklee ni. Kalau akak rasa bagus kat akak, boleh lah akak serius terjebak dalam Shaklee pulak. Boleh tambah supplement dalam business akak ni. Boleh jugak masyuk $$$$ dalam akaun bank tu....hehheeh

Sekarang ni akak amalkan Double Stemcell, Alfalfa & Lecithin ni utk supplement harian. Tak salah amalkan supplement asalkan kita mampu. Lagipun untuk kesihatan sendiri. Kalau dah confident dgn produk, akak akan kongsi dengan kawan2. Apa yg akak rasa perubahan ialah energy memang tip top. Tak letih walaupun tidur lewat.

InsyaaAllah...nanti akak update lagi. Setakat ni je nukilan hari ni....Jumpa lagi...



Love,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...