Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua..
Lama sungguh tak update blog ni. Dah berabuk dah..Hihi
Sejak sibuk pindah & renovate rumah sejak June 2013 last year, memang masa agak terhad. Tambahan tak dak line internet yg laju kat rumah sewa dulu. Maka, agak malas nak update blog sebab bila upload gambar jer...loading sampai berjam-jam. Ni dah settle semua, dah pindah masuk balik rumah lama yg baru direnovate. Janji rumah sendiri...Bahagianya.....
Actually, baru sambung balik Unify semalam. Tu yg hari ni gigih nak jenguk & hupdate blog yg berabuk ni..haha..
Sejak beberapa bulan kebelakangan ni, ada la jugak berkecimpung dgn beberapa business MLM. Antaranya yg havoc Phytoscience yg famous dgn product Double Stemcell tu.
Alhamdulillah, akak yg terjebak secara tak sengaja dalam company ni sejak 5 bulan lalu memang suka sangat dgn produk Double Stemcell yang Dutanya Datin Paduka Umie Aida tu. Walaupun kulit muka akak tak mulus sangat macam Datin Paduka, tapi Alhamdulillah...ada la jugak perubahan kat kulit muka ni. nampak bersih & cerah sikit. Sekarang ni memang tak payah tepek bedak segala dah.
Pakai jer set Miracle Intense Essence & Krim Shine Stem jer. Dah cukup terserlah dah muka akak ni....(perasan la kann...). Alhamdulillah, bila akak intoduce Double Stemcell kat Facebook & Instagram, ramai jugak kawan2 di alam maya membeli dari akak. Alhamdulillah, lumayan jugak income bonusnya. Maklumlah akak ni kan surirumah sepenuh masa, dapat 4-5 angka sebulan....memang lompat bintang lah...Syukur...
Tapi akak tak ada lah agresif sangat dalam Phytoscience ni, kalau ada permintaan utk produk Double Stemcell ni memang akak layan....
Memang sejak usia dah meningkat ni, gemar sangat nak cuba supplement yg boleh mendatangkan hasil positif pada badan akak ni. Maklumlah, dah masuk 40-an ni, kena la jaga-jaga kan. Kalau tak nak duit lebur bayar bil hospital lagi, makan je apa yg patut utk sihatkan badan. Akak dah serik nak masuk dewan bedah lagi sejak buang pundi hempedu akhir tahun 2011 dulu dan kosnya cecah 5 angka jugak. Baik duit tu akak buat beli handbag Coach 2-3 biji kannn...haha..Berbaloi gak...
Dua minggu lepas, ada kawan introduce kan kat akak produk Shaklee. Akak ni memang dari dulu tak minat la dgn supplement Shaklee ni. Sejak tahun 1998 lagi ada member ofis introduce, memang tak pernah nak beli la kan walaupun bagai nak rak dia promote.
Entah macamana tetiba kawan baik akak ni kak Hamidah Husin @ Mamaboomboom dok cerita la pulak pasal supplement Shaklee ni.
Al kisah nak dijadikan ceritanya sebab akak dok mengadu kat Mama cakap badan dah rasa bulat, macam berat jer rasa badan, dah Gumukss la. Husband pun dah tegur sebab saiz baju dulu 42 dah tukar 44..huhu...siksa tengok...huhu
Dah malas nak cuba minuman diet yg boleh buat turunkan berat badan macam magic tu. Biarlah akak diet secara semulajadi, jaga makan, bersenam & ambil supplement untuk bagi energy.
So, Mama cakap cubalah produk Alfafa Complex & Lecithin dari Shaklee ni. Ok lah...setelah berfikir, timbangkira dan buat sikit research pasal produk ni...Akhirnya akak call Mama cakap nak cuba. So, far ok lah baru 2 minggu ni macam suka jugak lah dgn kesan positifnya. Tak ada lah perubahan drastik lagi. Lecithin untuk kurangkan kolesterol dalam badan & Alfalfa untuk proses detox.
InsyaaAllah, akak pun masih dok study lagi pasal produk Shaklee ni. Kalau akak rasa bagus kat akak, boleh lah akak serius terjebak dalam Shaklee pulak. Boleh tambah supplement dalam business akak ni. Boleh jugak masyuk $$$$ dalam akaun bank tu....hehheeh
Sekarang ni akak amalkan Double Stemcell, Alfalfa & Lecithin ni utk supplement harian. Tak salah amalkan supplement asalkan kita mampu. Lagipun untuk kesihatan sendiri. Kalau dah confident dgn produk, akak akan kongsi dengan kawan2. Apa yg akak rasa perubahan ialah energy memang tip top. Tak letih walaupun tidur lewat.
InsyaaAllah...nanti akak update lagi. Setakat ni je nukilan hari ni....Jumpa lagi...
Love,